CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 8, 2009

don't take a risc do it now..!!!

hermm elop elop, nak kongsi sikit dengan korang nie..
Korang penah dengar tak tentang HEPATITIS B..??
sbb ape aku highlight kan perkara tersebut atas sebab banyak perkara, penyakit ni jarang orang tahu, dan kurang pendedahan dari media cetak dan media elektronik selalunya diorng highlight kan pasal HIV, breast cancer, dan berbagai jenis cancer lagi la..
tp pesal penyakit nie war war sgt kan haa..??

apa itu HBV..??

"Hepatitis B merupakan sejenis hati. Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar.
Hepatitis B merujuk kepada keradangan pada hati dan disebabkan oleh virus Hepatitis B (HBV), ahli dalam
keluarga virus Hepadna[1] dan merupakan salah satu dari beratus spesies virus yang tidak berkait yang menyebabkan hepatitis disebabkan virus. Ia pada asalnya digelar "hepatitis serum" dan merupakan wabak semasa di sebahagian Asia dan Afrika.[2] Hepatitis B diakui sebagai tempatan di China dan pelbagai kawasan di Asia.[3] Peratusan penduduk dunia masa kini yang dijangkiti virusini adalah 3 hingga 6%, tetapi sehingga satu pertiga telah terdedah kepadanya. Simptom penyakit akut (teruk dan berpanjangan) termasuk keradangan hati, muntah, demam kuning, dan jarang, kematian. Hepatitis B kronik mampu mengakibatkan cirrhosis hati yang mungkin membawa kepada barah hati, penyakit membawa maut yang sukar dirawat melalui khemotherapi masa kini"

hehe aku bukan nak takutkan korang tapi penyakit nie sukar dikesan melainkan anda menjalani ujian darah, penyakit nie 100 kali lebih mudah dijangkiti dr virus HIV.. Gulp.??!!
dengar seram kan, tapi nilah hakikatnya, huhu..

camne leh merebak..??

melalui sebaran nyamuk..?? tidakk
melalui sebaran ikan..?? tidakk
melalui sebaran anak ikan..?? mayb, ahaks tetibe..

  • Virus ini dapat masuk ke dalam badan melalui salur darah jika pesakit menerima darah tercemar, perpindahan darah
  • Boleh merebak melalui jangkitan seks kerana ia boleh hadir dalam air mani. (..??) =p
  • Merebak daripada si ibu kepada anak yang dikandungnya kerana virus ini melalui dinding uri.

sebenarnye cara jangkitan penyakit nie x byk beza dr virus HIV, boleh kate hampir cam HIV la gak, tp die nie hanya menyerang hati sajo hadek2.. x seperti HIV, HBV nie leh idup kat luar sel badan selama lebih kurang 7 hari, gulps...!!! dalam mase tuh virus neh leh still lagik leh berjangkit kat sape sape yang yang terkena.. jeng!! jeng !!jeng!!

camner nak tahu kena jangkit ke x..??

sesorng tu mungkin akan rase mual, muntah, cirit birit, hilang selera makan, sakit kepala, lemah-lemah badan, selepas seminggu ke 2 minggu sesorng itu akan kelihatan kuning ( cam warna spongebob gituew), kencing gelap ( baik cek yer hadek2), najis keputihan, dan hati bengkak.

sape kah yang berisiko tinggi leh kena..??

  • persons with high-risk sexual behaviour;
  • partners and household contacts of HBV infected persons;
  • injecting drug users;
  • persons who frequently require blood or blood products;
  • recipients of solid organ transplantation;
  • those at occupational risk of HBV infection, including health care workers; and
    international travellers to countries with high rates of HBV.

sape sape yang ade tersenarai diatas korang leh la amik vaksin nie kat hospital kerajaan atau swasta, mngikut kajian WHO sejak 1982 lebih kurang sejuta vaksin ini sudah diberikan kepada umat manusia, biler amik vaksin ianya infektif sehingga 95 % keberkesanannyerw, melalui 3 kali suntikan( selamat secara umunya) dan dptkan juga booster selepas 5 thn.. hermm x susah pun nak cegah...

apakah ujian kiter leh bwat..??

Ujian darah : HBsAg, HBeAg,HBsAb
Ujian lain-lain : Ujian fungsi hati, ujian najis dan uri dan lain2..

apakah rawatan dier..??

sehingga entry ini ditulis, tiada vaksin yang betul2 leh menghilangkan penyakit ini, tp terdapat beberapa pilihan yang kiter leh wat , antaranye pengambilan

Steroid : (prednisolone)
Azathioprine
Interferon

semua nie bukan amik sendrik okes, tp dibekalkan oleh pihak perubatan

so korang , melalui secebis coretan kali ini, korang sume ajak la, mak ayah, hadek2, orang terchenta, sedara mare, n saper saper korang kenal jom p ramai2 p hospital amik vaksin nie, penyakit x mengenal usia, umor, bangsa, dan negara.. hee

mencegah lebih baek dari mengubati..!!

sumber :http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs204/en/

sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Hepatitis_B

4 kutukan membina:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

duta kementerian kesihatan mengeluarkan statement...ngee :D

bagus info ni! bahser bersahaja tp maklumat tu smpi...gud2! :D

farish izaryl @izreez said...

entry kesihatan sgt uolss yela nk msuk masterskill knne ade basic kannn:p

NizaM SuLaiMaN said...

nua : ki3x.. duta kerw..??
tq2..

ritzz : e2 sudah semestinya... =p

Pojiepooh Abdullah said...

baiklah doctor!!
bagus sgt info ittew!